Tuesday, March 30, 2010

Borang berkaitan untuk projek ETR Uitm


Alkisah satu cerita la ni hihihih saya pn x tau mau cakap macam mana. sy ni kononnya GM dalam projek ETR UiTM sabah untuk grup kami. Tetiba sy disuruh ambil ampir sedozen borang dr badan2 tertentu ala macam anggota badan kaki,tangan,blakang...EEHHH apa aq merapu ni????
emm macam 2 KWSP,Agro Bank,SESB,Jabatan Air ......tp untuk Negeri Sabah.....so as a conclusion and as a solution saya download jak borang2 tu hihihihi. sebenarnya anda telah menyusahkan diri anda untuk berkunjung ke semua organisasi ni....juga membuang masa juga menunjukkan anda ni tak tau apa2

ok supaya kamu lebih muda saya akan bagi link2 2 ya

Jabatan air Sabah

KWSP malaysia

PARKESO Malaysia

kalo borang seperti pendaftaran perniagaan boleh dapatkan di kaunter bahagian Borang di DBKK berharga RM1, Borang permohonan bekalan elektrik boleh berkunjung ke pejabat SESB KK,dan borang pinjaman bank boleh berkunjung ke Bank2 yang berkaitan untuk membeli atau mendapatkan borang tu


Monday, March 29, 2010

i'm interested in...................

Emmmmm akhir2 ni, sy semakin malas nak stady tp kena teruskan jua...................kenapa??
coz mengelakkn saya dipijak2 kot.tp entahlah apa dalam kepala hotak ni semua tak kena. dulu sy bercita2 nak jadi Lecturer tp emmm saya x suka kerja ikut masa....hihihii kalo la ada company guna flexi time kan bagus.maybe ada di luar sana tp mungkin saya x tahu.
time kecik2 dulu saya teringin nak jadi kaya nak beli motor superbike ala2 velintino rossi....takpun seperti Max Biaggi Lapping guna motor Suzuki. tertanya2 la diri ni mungkinkah saya akan jadi kaya???? tp kaya pada pandangan orang adalah mereka yang tidak berhutang...so....rasanya x perlulah saya jadi kaya cukuplah jadi senang dari sekarang..dapat keta Vigo sebijik,Lori 2 tan sebijik jadilah kan??? then ada Motor kawasaki Ninja 250cc hihihihi
good enough dh!!!!
Nak jadi kaya kena ada business, adakah saya ni minat business??? rasanya ya tapi dari konteks lain...apa benda ka e2???.hihihi orang buat bisnes macam2 pelik2 tapi yang penting halal. contohnya di Amerika Syarikat seorang pencari cacing mampu meraih USD3500 sehari hasil jualan cacing sahaja....bayangkan perniagaan ni!!! perniagaan cengkerik,pengumpul najis ayam,lembu dan bahan buangan,semuanya bisnes.
tp di Malaysia rasanya kita belum lagi sampai ke arah itu.....amerika dah merdeka lebih 100 tahun tak heranlah mereka antara negara yang mempelopori pelbagai jenis perniagaan ganjil.
Di malaysia masih ramai yang terpengaruh atau lebih berminat kepada pekerjaan makan gaji.pada saya, kita boleh definisikan pekerjaan ini sebagai kita kerja dah hidup dengan mengunakan gaji yang kita dapat. kalo orang bertani mereka akan tanam padi toreh getah tanam sayur dan pelihara ikan. ini emmm rasanya bukan makan gaji makan hasil kot hahahahaha.
Apa yang saya ingin nyatakan disini bukanlah pasal makan gaji atau apa tp pasal perniagaan. sebenarnya dari dulu saya berminat kepada bisness yang kurang persaingan,jarang orang buat tapi amat lumayan sooooo......semasa zaman pemerintahan.ewah macam sejarah la pulak...semasa TUN Badawi menjadi PM, bank pertanian telah di koperatkan kepada AGRO BANK sedap gitu dan galakan kerajaan kepada pertanian punya aktiviti. Pertanian Satu Perniagaan. saya sangat tertarik pada galakan kerajaan ini. sekarang saya berumur 22 tahun dan apa yang saya kesali, saya tak dapat mencapai cita2 saya 5 tahun lalu untuk menjadi pengeluar Cendawan utama di sabah khususnya. hingga kini saya sentiasa rindukan pada tanah di kampung. banyak perancangan telah saya lakukan tetapi tetap tak ada perubahan.Namun jauh di sudut hati ingin sekali saya menjadi salah seorang petani yang berjaya....seperti yang saya pernah tonton di TV dimana mereka mampu meraih sekitar lebih dari RM15000 sebulan....
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang MY planning after graduate. Firstly saya berminat kepada penanaman vanila. saya selalu membacanya di artikel media elektronik. ia memang amat bagus saya rasakan untuk diusahakan memandangkan ia masih baru di Malaysia. saya juga pernah melawat ladang vanila di Beaufort dan tak dapat di bayangkaan perasaan saya time tu.Saya amat teruja untuk memiliki sebuah ladang seperti itu......hijau.....cantik...seperti yang selalu saya katakan "Dreaming For a Green Land TO GET Wealth" .
Sekarang ni saya sedang mencari idea untuk memulakan projek saya ini.harap2 pihak KPD terutamanya mampu memberikan sepenuh support kepada saya untuk meneruskan perniagaan ini. saya meminati vanila bukan hanya dari hasilnya yang amat lumayan iaitu RM30/kg untuk vanila basah dimana satu pokok vanila mampu menghasilkan kg sehingga 5kg buah dan mampu memuatkan 2000 pokok untuk se ekar tanah. Saya meminati pokok ini kerana saya sentiasa impikan satu kehijauan, kehijauan yang berpanjangan yang mampu memberikan kita pulangan jangka masa panjang.
disini saya akan tanamkan tekad dan ikatkan janji bahawa saya akan memiliki ladang sendiri dan mendapatkan hasil 6 -7tahun dari tarikh saya menulis blog entah apa2 ini.pada saya kehijauan itu satu sumber kekayaan sebenar kerana segalanya bermula dari tanah,tanah menceritakan semua yang wujud di bumi.......kereta sport besinya digali dari tanah,minyak di gali dari tanah,kertas dapat dari pokok yang tumbuh di tanah. kesimpulannya tanah ada cerita untuk semua perkara.....dan pokok adalah salh satu yang melindungi tanah,dan pada masa yang sama pokok yang menghijau itu adalah sumber kekayaan kita....."Dreaming For A Green Land To Get Wealth".........
di masa akan datang saya akan menulis perkembangan diri saya mengenai apa yang telah saya rancangkan.