Wednesday, June 15, 2011

isu Semua mau "NAIK"
















Hari ini kita pasti dapat merasakan dunia kelihatannya semakin mencabar....dengan kenaikan isu harga barang,bahan api,dan sebagainya menjadikan kita seolah olah hidup tanpa sebarang pencapaian....apa tidaknya dulu 15 tahun kita dapat RM1000 sebulan dikira amat lumayan...namun kini RM2000 sebulan hanyalah ngam2 hidup....dengan diesel petrolnya kini berbeza lebih rm1 berbanding 1995.Namun adalah suatu yang wajar akan kenaikan bahan api atau bahan yand disubsidikan kerajaan kerana pergantungan secara terus pasti akan menjejaskan negara kelak.

Apa yang saya ingin nyatakan disini bukanlah untuk membantah tindakan kerajaan menstrukturkan semula subsidi.tetapi disini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang saya rasa berbaloi untuk diberi perhatian oleh kerajaan.ini bagi mengelakkan rakyat yang sepatutnya menerima subsidi dapat pembelaan sewajarnya.

Baiklah,kerajaan sering berkata akan mengambil tindakan kepada peniaga yang akan menaikkan harga barang sewenang2 nya.namun mengapa pengilang ataupun usahawan tak pula diambil tindakan?misalnya pengeluar susu tepung Everyday daripada syarikat yand amat besar.pada tahun 2004 harga susu ini untuk 800gm hanyalah sekitar RM10.80 kini mencecah RM16.00 kenaikan seringgit setiap tahun....adakah ia diberi perhatian oleh kerajaan?selain daripada itu kita ambil contoh gula...peruncit tidak dibenarkan menaikkan harga.namun pembekal boleh dengan alasan kos operasi meningkat..jadi dimanakah rasionalnya?...

Sy tertarik untuk menultis sedikit mengenai pasaraya di Malaysia yanng gemar meletakkan harga dengan tag 9 di hujungnya.misalnya harga selipar jepun yang sepatutnya RM4.50 menjadi RM4.99...ini bermakna ia menjadi RM5...jika semua barangan mengunakan kaedah itu,berapakah keuntungan yang akan di terima oleh pasaraya jika lebih sejuta sen dibelanjakan setiap hari di seluruh malaysia?bukankah mencecah puluhan ribu ringgit?nampaknya kerajaan harus peka terhadap isu sekecil zarah namun memberi impak yang amat besar pada rakyat.Cadangan TPM kita untuk memperkenalkan semula syiling 1 sen sepatutnya disambut dengan baik oleh pengusaha pasaraya di M.alaysia

Saya amat bersetuju jika subsidi dimansuhkan menjelang 2020 namun jika dalam masa 5 tahun ini peningkatan dari segi perkhimatan beberapa agensi tidak cekap,kerajaan tak sepatutnya menghapuskan subsidi...misalnya kini harga getah amat tinggi namun agensi pembeli yang sah gagal membuat pembayaran pada masa yang di tentukan hingga memakan masa berbulan2.pembeli dari sesetengah boleh berhutang tetapi rakyat?....kalo berhutang akan di black list,akan dikenakan tindakan undang2 tetapi agensi pembeli yang di kenali kerajaan boleh berhutang kepada rakyat tanpa risau tindakan mahkamah ataupun black list.

Selain daripada pembayaran lewat,para petani juga mungkin menghadapi atau menjadi mangsa eksplotasi harga komuditi tani ataupun hasil tani sekiranya kerajaan tidak memandang serius isu ini.sebagai contoh, para peraih hasil tani yang tidak bertanggungjawab akan "mempermainkan" harga hasil2 pertanian secara tidak berhemah terutamanya kepada pekebun kecil.Misalahnya,kita sebagai pekebun kecil nanas di pelusuk kampung akan mendapat bayaran RM1 untuk sekilo nanas.Padahal,apabila tiba di bandar peraih itu akan menjual dengan harga mencecah RM3 sekilo.wajarkah?mungkin wajar dan tidak.Dan pastinya tidak wajar jika peraih yang tidak bertanggungjawab itu meletakkan harga dengan sesuka hatinya kepada hasil pertanian petani di luar bandar...

Ok disini saya kemukakan beberapa cadangan dalan mencapai subsidi 0% pada 2020...pertama seharusnya kerajaan memberu peruntukan untuk membina 1 pasaraya milik penuh kerajaan di setiap parlimen di negara ini....rasanya ia bukanlah beban yang amat besar buat kerajaan kerana ia boleh direalisasikan dengan membina atau mengambil alih kedai ataupun premis sedia ada..dan di dalam pasaraya ini kerajaan akan menetapkan harga ter rendah bagi memudahkan para pengguna.apa yang perlu di kawal melalui kaedah ini ialah, para pengguna harus mendaftar sebelum menjadi pelanggan di pasaraya milik kerajaan.kaedahnya ialah hanya mendaftarkan pengguna yang berumur 21 tahun keatas dan berdaftar sebagai pengundi..ini merupakan satu cara membantu rakya dan pada masa membantu kerajaan...rakyat akan sentiasa mengunjungi pasaraya yang termurah di daerah mereka walaupun berada jauh.ini membolehkan para belia akan sibuk mendaftar sebagai pengundi..saya yakin kerana respon daripada para pengguna kini adalah seperti apa yang saya tuliskan...kenapa pengguna harus dikawal?bagi mengelak harga murah ini dinikmati oleh para pengusaha restoran,para penyeludup dan para pendatang tanpa izin yang tidak menyumbang kepada pendapatan negara.

Cadangan yang seterusnya adalah,mewujudkan "insentif" berbentuk subsidi minyak kepada para pengguna kereta buatan Malaysia. Dan kenderaan terpakai yang mempunyai cc 1.3 kebawah bagi kereta luar. sebagai contoh,sebarang kereta buatan malaysia akan dapat mengisi minyak dengan harga subsidi,dan para pengguna kenderaan luar terpakai ber cc1.3 kebawah wajar mendapat subsidi.apa kewajarannya? Pertama untuk memastikan aliran keluar wang negara dapat dikawal dengan pembelian kereta nasional oleh pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan jualan kereta nasional di negara kita.Mengapa kereta luar ber cc rendah 1.3 kebawah layak mendapat subsidi?.ini kerana kenderaan bes cc rendah mempunyai penggunaan minyak yang rendah disamping dapat melindungi pengguna yang sememangnya berpendapaatan rendah juga. Namun tak ada tolak ansur bagi kenderaan Baru ber cc 2.0 dan keatas sserta kenderaan mewah ber cc 1.3 keatas seperti Hummer 5.0,Prado 4.0,Range Rover 5.0,@camry 2.2 dan sebagainya.

Sebagai konklusinya,penstrukturan subsidi adalah wajar, NAMUN harus meneruskan pemberian subsidi kepada golongan sasar.dan pada masa ang sama kerajaan dapast memperkenalkan mekanisma baru bagi menghadapi kenaikan harga barang.

No comments:

Post a Comment